SITUASI MASALAH
“Ish ish…apa nak jadi dengan kelas ni “, Keluh Cikgu Daniel setiap kali masuk kelas 3 Mesra. “Murid-murid, sila duduk di tempat masing-masing”, arah Cikgu Daniel. Semua murid tidak mengendahkan arahan Cikgu Daniel. Cikgu Daniel terus memulakan pengajaran pada waktu itu tanpa mempedulikan murid-murid yang masih berkeliaran dalam bilik darjahnya. Apabila sesi pengajaran berakhir, Cikgu Daniel terus meninggalkan kelas tanpa mempedulikan murid-murid yang masih leka dengan hal masing-masing.
Berdasarkan situasi di atas, kita mendapati bahawa Cikgu Daniel tidak dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang positif. Untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang positif hendaklah bermula sebelum daripada masuk ke kelas lagi iaitu mindset kita mengenai kelas pada hari ini.
CADANGAN AKTIVITI 1
Oleh: Mohd Shahril bin Abdul Manaf
Bagi cadangan 1 untuk sesi pengajaran dan pembelajaran Cikgu Daniel, saya sertakan satu cadangan aktiviti yang boleh digunakan untuk mewujudkan suasana pembelajaran kelas yang positif yang memungkinkan murid-murid boleh memberi perhatian sepenuhnya kepada pengajaran cikgu Daniel. Sebelum masuk ke kelas, cikgu Daniel seharusnya bersedia dalam pelbagai aspek terutama dari segi pengajaran seperti adanya rancangan pengajaran supaya cikgu Daniel mempunyai panduan untuk dilaksanakan sepanjang sesi pengajaran. Di sini dapat dilihat bahawa cikgu Daniel tidak menggunakan langkah yang betul iaitu tidak wujudnya set induksi sebelum memulakan pengajarannya. Dalam melaksanakan set induksi, guru perlu memenuhi 4 komponen penting antaranya ialah menarik perhatian pelajar supaya guru menggunakan intonasi suara yang menarik, gaya pergerakan seperti isyarat tangan dan kepala. Supaya menjadi lebih menarik lagi, guru boleh menggunakan alat audio visual. Selain itu guru perlu memotivasikan pelajar seperti menggunakan teknik bersoaljawab, mengandungi unsur-unsur suspen dan menggunakan bahan yang menarik. Guru juga perlu mahir membuat perkaitan antara isi pelajaran yang akan disampaikan dengan pengetahuan sedia ada pelajar termasuk isi pelajaran yang lepas.
Paparan Audio Visual
Sebelum memulakan pengajaran, cikgu Daniel hendaklah mengarahkan murid-muridnya supaya berada di tempat masing-masing dan duduk dalam keadaan yang sopan supaya senang bagi cikgu Daniel untuk memulakan set induksi kepada murid-muridnya. Sebelum cikgu Daniel memulakan sesi pengajarannya itu, beliau perlulah menunjukkan paparan berunsurkan video yang berkaitan dengan subjek yang hendak diajar pada hari itu. Set induksi yang dilakukan tidak perlu dilakukan terlalu lama kerana ianya dilakukan supaya untuk mencetuskan semangat kepada murid-murid untuk belajar. Ini sangat penting kerana set induksi dapat menarik minat murid dan secara tidak langsung berperanan dalam menjana minat murid untuk mempelajari subjek yang hendak diajar oleh guru pada hari itu. Setelah memaparkan video kepada murid-murid, cikgu Daniel perlulah berperanan sebagai fasilitator atau pemudah cara iaitu dengan melakukan soal jawab kepada murid berkaitan apa yang mereka lihat dan faham tentang paparan yang telah ditunjukkan kepada mereka. Setelah itu, guru perlulah mahir dalam membuat perkaitan isi pelajaran yang lepas dengan isi pelajaran yang akan dipelajari supaya ini akan lebih mengukuhkan lagi kefahaman murid-murid kepada pembelajaran lepas dan yang bakal dipelajari pada hari itu. Dengan melakukan kaedah seperti ini, murid-murid akan berasa seronok untuk belajar dan akan mudah memberikan perhatian kepada guru sepanjang pengajaran dan pembelajaran berlangsung kerana minat mereka sudah terangsang dengan pelaksanaan set induksi sebelum pengajaran sebenar bermula.
Kesimpulannya, guru perlulah menggunakan set induksi untuk membayangkan kepada pelajar berkenaan perkara dan peringkat-peringkat pengajaran dan pembelajaran bagi pelajaran yang berkesan. Sebenarnya, set induksi ini penting untuk menarik perhatian pelajar agar menumpukan perhatian terhadap topik atau perkara yang hendak dibincangkan oleh guru di dalam kelas. Sekiranya set induksi tidak digunakan dalam pengajaran, sudah pasti pelajar akan berasa bosan dan kurang memberikan perhatian terhadap pengajaran guru seperti yang berlaku di dalam kelas cikgu Daniel. Oleh itu, guru-guru haruslah menggunakan set induksi yang mudah tetapi menarik perhatian pelajar di dalam kelas.
CADANGAN AKTIVITI 2
Oleh: Mohd Hanif bin Che A. Halim
Berdasarkan situasi di atas, kita mendapati bahawa Cikgu Daniel tidak dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang positif. Untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang positif hendaklah bermula sebelum daripada masuk ke kelas lagi iaitu mindset kita mengenai kelas pada hari ini. Kita hendaklah positifkan diri sebelum masuk kelas dan cuba untuk melakukan aktiviti yang sesuai mengikut situasi. Di sini saya sertakan satu cadangan aktiviti yang boleh digunakan untuk mewujudkan suasana pembelajaran kelas yang positif. Untuk aktiviti ini, saya bahagikan kepada tiga pecahan iaitu sebelum kelas, semasa kelas dan selepas kelas.
Sebelum Kelas
Terdapat banyak cara yang boleh digunakan untuk menarik perhatian pelajar. Antara cara yang popular adalah dengan mengadakan kuiz , tanya soalan-soalan mudah dan menunjukkan video yang menarik. Perkara-perkara ini biasanya dilakukan pada awal pembelajaran ketika semua pelajar sedang bersiap sedia untuk belajar. Aktiviti yang paling berkesan adalah aktiviti yang berkaitan dengan tajuk pelajaran pada hari itu. Oleh itu, sebelum kelas atau sebagai persiapan awal, guru hendaklah menyediakan semua peralatan yang perlu untuk menjalankan aktiviti ini.
Semasa Kelas
CADANGAN AKTIVITI 2
Oleh: Mohd Hanif bin Che A. Halim
Berdasarkan situasi di atas, kita mendapati bahawa Cikgu Daniel tidak dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang positif. Untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang positif hendaklah bermula sebelum daripada masuk ke kelas lagi iaitu mindset kita mengenai kelas pada hari ini. Kita hendaklah positifkan diri sebelum masuk kelas dan cuba untuk melakukan aktiviti yang sesuai mengikut situasi. Di sini saya sertakan satu cadangan aktiviti yang boleh digunakan untuk mewujudkan suasana pembelajaran kelas yang positif. Untuk aktiviti ini, saya bahagikan kepada tiga pecahan iaitu sebelum kelas, semasa kelas dan selepas kelas.
Sebelum Kelas
Terdapat banyak cara yang boleh digunakan untuk menarik perhatian pelajar. Antara cara yang popular adalah dengan mengadakan kuiz , tanya soalan-soalan mudah dan menunjukkan video yang menarik. Perkara-perkara ini biasanya dilakukan pada awal pembelajaran ketika semua pelajar sedang bersiap sedia untuk belajar. Aktiviti yang paling berkesan adalah aktiviti yang berkaitan dengan tajuk pelajaran pada hari itu. Oleh itu, sebelum kelas atau sebagai persiapan awal, guru hendaklah menyediakan semua peralatan yang perlu untuk menjalankan aktiviti ini.
Semasa Kelas
Anatara salah satu cara yang digunakan untuk memastikan pelajar sentiasa memberi perhatian ketika belajar adalah dengan membuat aktiviti yang membuat otak mereka berfikir. Antaranya adalah dengan menggunakan gambar dan peta minda. Bina satu peta minda yang sudah siap dan kosongkan tempat yang sepatutnya untuk diisi oleh pelajar. Perkara ini membantu supaya pelajar tidak hanya mendengar ketika belajar tetapi tangan dan otaknya bekerja. Kadang-kadang guru juga perlu hentikan sekejap pengajaran untuk memastikan pelajar faham atau tidak dengan apa yang diajar hari ini. Selain itu, teknik atau bahan pembelajaran yang pelbagai juga perlu supaya pelajar tidak bosan dengan cara pengajaran yang sama.
Selepas Kelas
Selepas Kelas
Menutup pembelajaran pada hari itu dengan berkesan juga membantu pelajar fokus pada pelajaran pada hari itu. Setelah pembelajaran pada hari itu selesai, tanya pada pelajar tentang apa yang telah dipelajari pada hari itu. Adakan satu perbincangan sihat antara pelajar dan guru untuk mengetahui masalah atau apa yang tidak faham mengenai pelajaran hari itu. Selepas, suruh pelajar duduk dalam pasangan dan ceritakan sesama mereka apa yang mereka dapat pada hari ini walaupun sedikit sekurang-kurang mereka boleh cakap mengenai tajuk apa yang mereka belajar hari ini.
CADANGAN AKTIVITI 3
Oleh: Amirul Shafiq bin Rodin
AKTIVITI-AKTIVITI POSITIF DIDALAM BILIK DARJAH
CADANGAN AKTIVITI 3
Oleh: Amirul Shafiq bin Rodin
AKTIVITI-AKTIVITI POSITIF DIDALAM BILIK DARJAH
Sebelum memulakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran, cikgu
Daniel perlu membina set induksi yang baik untuk menarik perhatian
murid-muridnya. Disebabkan masalah yang dihadapi dalam kelas 3 Mesra agak begitu
serius. Cikgu Daniel perlu memikirkan cara yang terbaik agar minat
murid-muridnya kembali untuk meneruskan pembelajaran. Sebelum membina aktiviti
set induksi yang baik, Cikgu Daniel perlu mempertimbangkan setiap item yang
perlukan. Disini terdapat keterangan tentang set induksi yang menarik:
Kemahiran ini ada kaitan dengan cara guru memperkenal atau
memulakan sesuatu pelajaran atau satu unit tertentu sesuatu pelajaran. Pada
setiap episod pengajaran, guru hendaklah menegaskan kepada muridnya tugasan yang
akan dibuat. Guru perlu mengekalkan dan menarik perhatian muridnya serta
menggerakkan mereka untuk membuat aktiviti, berfikir dan belajar. Memandu
muridnya kearah manakah tujuannya, membina perkaitan yang jelas dengan
pengalaman lalu atau sedia ada.
·
Menarik perhatian
Guru boleh menggunakan suara, gerak geri dan pandangan mata untuk
menarik perhatian murid kearah pelajaran yang diajar. Ia juga boleh menggunakan
bahan bantu mengajar atau alat bantu mengajar dan pelbagai interaksi yang lain.
·
Menimbulkan pergerakan
Guru boleh menggerakkan muridnya dengan menunjukkan kemesraan dan
menunjukkan semangat serta kesungguhan perkara yang diajarnya. Guru boleh juga
menggerakkan muridnya dengan merangsang naluri ingin tahu atau menarik minat
murid dengan bercerita atau memulakan aktiviti.
·
Struktur
Guru menentukan hal bagi tugasan yang diberikan kepada
muridnya, seperti – Tengah hari ini kita
akan melihat beberapa keping gambar dan kemudian kita akan bincangkannya. Selepas perbincangan itu kamu akan menulis
ceritanya. Guru menolong muridnya dengan mencandangkan beberapa cara menulis
cerita itu.
·
Membuat perkaitan
Guru boleh membuat perbandingan dan perbezaan, seperti
membandingkan papan tanda berlampu yang terdapat di Semenanjung Malaysia dengan
yang terdapat di Sabah atau Sarawak. Guru merujuk kepada situasi semasa untuk
menarik perhatian.
·
Set induksi yang
berkesan ialah:
1)
Set insuksi
hendaklah bermakna kepada murid dari segi umur, kebolehan dan minat.
2)
Set induksi
hendaklah berkait dengan isi pelajaran dan objektif pelajaran.
3)
Pelajaran baru
hendaklah dikaitkan dengan pengetahuan sedia ada murid, belajar daripada yang
telah diketahui kepada yang akan diketuhui.
Contoh aktiviti set induksi ialah:
Pada hari ini
Cikgu Daniel akan mengajar tentang jenis-jenis buah tempatan didalam kelas 3
Mesra. Untuk menarik perhatian murid-muridnya, Cikgu Daniel telah membawa
sebakul buah-buahan tempatan yang amat segar sekali. Setiap murid-murid Cikgu
Daniel memberikan tumpuan kepada buah-buahan yang dibawa oleh Cikgu Daniel
disebabkan mereka tidak tahan dengan godaan kelazatan buah-buahan itu yang
begitu segar sekali. Cikgu Daniel menunjukkan setiap jenis-jenis buah kepada
murid-muridnya dan bertanya kepada mereka semua nama setiap jenis buah yang
ditunjukkannya itu. Lantas anak-anak muridnya memberikan sepenuh perhatiannya
kepada Cikgu Daniel dan berebut-rebut
untuk menjawab soalan yang Cikgu Daniel telah ajukannya sebentar tadi. Selepas
itu, Cikgu Daniel mengajak mereka semua menyanyi bersama-samanya diiringi
dengan alunan alat muzik keyboard yang dimainkan oleh Cikgu Daniel sendiri.
Lagu tersebut telah digubah sendiri oleh Cikgu Daniel yang kini bertajuk
“buah-buahan tempatan”.
PokerOfAsian | Bandar Poker | Bandar Ceme Online | Bandar DominoQQ | Bandar Capsa Online
ReplyDeleteDANAQQ.COM SITUS BANDARQ DOMINO QQ BANDARQ ONLINE DOMINO 99 DOMINOQQ DOMINO99 ONLINE INDONESIA
LAPAKQQ.ONLINE AGEN DOMINO 99, DOMINO QIU QIU, BANDAR Q ONLINE, POKER ONLINE, DOMINO ONLINE
VBANDAR Agen Remi9 Judi Sakong Bandar Poker Online Indonesia
BORNEOPOKER.COM BANDAR POKER ONLINE SERTA BANDAR Q ONLINE TERPERCAYA DI INDONESIA
domino99, dominoQQ, domino Qiu Qiu, Bandarq, Qiu Qiu
GUNUNGPOKER.POKER | BANDAR Q | BANDARQQ | DOMINO 99 | DOMINOQQ | BANDAR Q | BANDAR POKER PALING TERPERCAYA
The King Casino - 7tepegayrimenkul
ReplyDeleteThe King Casino - 7tepegayrimenkul.com · 온라인 카지노 먹튀 The King Casino - 더킹 카지노 사이트 7tepegayrimenkul.com · The King Casino 우리 카지노 먹튀 - 실시간 바카라 사이트 7tepegayrimenkul.com · 온 카지노 먹튀 The King Casino - 7tepegayrimenkul.com